Bintulu - Pihak polis masih mencari seorang remaja yang bernama Senah. Senah dipercayai telah melarikan diri bersama dengan teman lelakinya kira kira dua bulan yang lepas. Menurut makcik si Senah, Boyfriend Senah ialah seorang lelaki yang kacak dan menjadi kegilaan semua wanita termasuk dirinya sendiri. Kepada sesiapa yang terjumpa dengan Senah, sila hubungi Balai polis yang berhampiran kerana dikhuatiri Senah mungkin dalam bahaya - Bernama
Sebauh - Seorang lelaki telah menampar seorang tauke sebuah kedai kopi yang terkenal disana dua hari lepas, saspek yang dikenali sebagai Ah Goo itu dikatakan menjadi berang setelah tauke kedai tersebut mengejeknya dengan mengatakan wajah Ah Goo mirip pelakon filem arahan Jackie Chan. Saspek telah berjaya dikemaskini - Bernama
Belaga - Tidak ada apa apa berita dari sana
Kuala Baram - Penduduk dikawasan Kuala Baram semalam gempar setelah mereka melihat objek terbang seakan piring melintasi kawasan pekan. Seorang maut manakala dua parah - Bernama
Khamis, 31 Disember 2009
Sabtu, 19 Disember 2009
Berita Horror
SARATOK - Seorang penulis blog telah ditembak mati oleh pihak polis selepas membuat serangan secara tiba tiba di salah sebuah tempat membeli belah di Saratok semalam. Suspek yang berusia 28 tahun itu dikatakan telah mengeluarkan dua(2) pucuk pistol Smith & Wesson 9mm semi-automatic semasa serangan berlaku. Suspek dikatakan telah menjadi marah setelah telinganya dipesit oleh seorang yang tidak dikenali - Benama
SIBU - Seorang lelaki yang dikenali sebagai Man Bario telah ditembak mati oleh pihak polis dalam cubaan melarikan diri selepas mencuri stok gula pasir di sebuah gudang di Jalan Lanang semalam. Menurut sumber, Man Bario merupakan seorang aktivis Green Peace yang terlalu ekstrim, dia juga pernah ditangkap 4 tahun lepas setelah cuba melepaskan beberapa ekor harimau di sebuah zoo di semenanjung Malaysia. Pihak polis masih belum dapat memastikan apakah objektif dia mencuri gula pasir tersebut. Menurut jurucakap polis daerah Lanang, Man Bario merupakan seorang pengamal ilmu kebal, ini kerana dia hanya dapat ditumpaskan setelah kepalanya dihentak dengan menggunakan bata - Bernama

Langgan:
Catatan (Atom)