Sabtu, 19 Disember 2009

Berita Horror

SARATOK - Seorang penulis blog telah ditembak mati oleh pihak polis selepas membuat serangan secara tiba tiba di salah sebuah tempat membeli belah di Saratok semalam. Suspek yang berusia 28 tahun itu dikatakan telah mengeluarkan dua(2) pucuk pistol Smith & Wesson 9mm semi-automatic semasa serangan berlaku. Suspek dikatakan telah menjadi marah setelah telinganya dipesit oleh seorang yang tidak dikenali - Benama

SIBU - Seorang lelaki yang dikenali sebagai Man Bario telah ditembak mati oleh pihak polis dalam cubaan melarikan diri selepas mencuri stok gula pasir di sebuah gudang di Jalan Lanang semalam. Menurut sumber, Man Bario merupakan seorang aktivis Green Peace yang terlalu ekstrim, dia juga pernah ditangkap 4 tahun lepas setelah cuba melepaskan beberapa ekor harimau di sebuah zoo di semenanjung Malaysia. Pihak polis masih belum dapat memastikan apakah objektif dia mencuri gula pasir tersebut. Menurut jurucakap polis daerah Lanang, Man Bario merupakan seorang pengamal ilmu kebal, ini kerana dia hanya dapat ditumpaskan setelah kepalanya dihentak dengan menggunakan bata - Bernama

Tiada ulasan: